Mata Separuh Panda

oh! sudah malam ke? tidur la tidur la tidur la -.-

photo

#FACT - 16 Pembohongan Paling Kerap Designer

Nak kata designer semua kaki kencing tak jugak, depa jaga hati kot haha tapi ayat bawah ni memang paling banyak kami guna, sebagai designer HAHAHA

#Thisisit - Bukit Pelindung, Kuantan































Cerita bermula apabila planning dibuat sehari sebelum, sah sah cerita melayu kalau plan dah lama buat atau sebulan sebelum, confirm last last cancel atau tak jadi

Depa kata jom set esok kita mendaki, yang lain okay maka jadi, pukul 6 pagi berkumpul di lokasi

Lupa nak tanya janji melayu ke janji cina, kalau depa tanya aku awal awal aku pasti bagitahu janji melayu, maka sesampainya semua di sana menunggu ketibaan aku dan yg lain lain pada pukul 7 pagi

Teringat dulu sewaktu mendaki Bukit Broga, gerak betul betul pagi mendaki berlima, yang sampai ke puncaknya cuma bertiga, lagi dua terkandas di bawah, tak sanggup lagi katanya. Curam betul, aku mujur hujung hujung stamina dapat baring di atas puncak level 2 tertinggi, memang hajat nak tgk sunrise atas bukit kesampaian tapi mata tangan kaki tak larat nak gerak. Waktu turun scary depa g gelonsor terus sedangkan aku setapak setapak gerak turun dari curam, berpaut pada pokok akhirnya berjaya turun dan naik.

Kembali ke hari mendaki bukit pelindung, tak pernah selama lahir lagi belajar dan bekerja tahu ada bukit di kuantan. Malu rasa nak gelar diri orang Kuantan, banyak lagi rupanya yang belum explore, haha.

7 pagi sebelum naik masing masing memanaskan badan dari kepala hingga ke kaki, bergoyang goyang merenggangkan otot yang lama tak beraksi. Sesudah selesai, dengan perlahan berjalan serentak memulakan pendakian. Aku excited terus sebab pertama kali, saja tak search google mcm mana rupa atas kiri tepi depan belakang bukit, agak berdebar jugak incase tak tercapai nak menggapai puncak bukit

Pelik juga, bukit tapi ada jalan raya jalan tar utk mendaki, ramai orang dari yang budak hingga yg tua, depa jogging dari bawah sampai ke atas ke? Soal hati aku, aku suruh hati aku diam jam jgn cakap kita jimat tenaga

Dah separuh jalan ni, aku berlari tak henti, kadang laju kadang perlahan tapi gear berlari masih tak berubah, aku masih bersemangat utk rempuh rintangan kalau kalau aku perlu melompat balak balak atau lubang besar atau lopak air atau sungai.

Hampir sampai di puncak, tak terpegun, jangkaan jangkauan aku tinggi rupanya tempat utk berjogging, landai tak bercuram tapi mampu keluarkan peluh, patut ada yang naik mountain bike, seronok tengok depa turun dengan laju, naik heret basikal.
Manusia mencari kepuasan hidup

Sesampai di puncak, walau tak semegah mana aku berjaya menakluki kepuasan, sambil menikmati permandangan, bersama mereka mereka mencipta kenangan. Macam biasa, rehat lama utk pulih tenaga berselfie di atas, menikmati keindahan alam

Aku hembus nafas ke daun daun utk beri mereka memproses oksigen, dalam hembus aku berharap agar tak mati daun daun tersebut dek kerana hembusan aku

Turun dari bukit Pelindung, layan abc dan cendol di Taman Gelora. Siapa nak bagi, selagi hidup syukur nikmat yang tuhan beri, guna sebaik baiknya kebaikan orang lain dan diri sendiri

Cerita panjang panjang nak remind pembaca dan diri sendiri, sebelum apa apa, guna kemudahan yang ada, google dulu, baru harapan tak ke langit haha

#Note - Niat Hati

Niat hati

Nak tunjuk apa kau mahu
Nak tunjuk agar kau bahagia
Nak tunjuk mampu
Seperti apa kau pinta

Tapi hati pedih
Dalam macam parasit
Hitam makin bertambah
Rosak semua

Yang tinggal cuma ruang
Yang takkan pernah padam
Ruang hidup dengan mu
Yang pernah bernyawa dulu

2016 derr

Bismillah

Dah lama rasanya gua tak post apa apa dkt blog, tergerak rasa hati nak coret sedikit tentang hidup, tapi fikir belum ada yang naik cuma sama mahupun jatuh, cumanya alhamdulillah ibu dgn bapak dapat panggilan umrah bulan 3 ni.

Lg 4 tahun 2020 kereta terbang pun tak nampak bayang, hahahah

2016 - Nekad kemas kestabilan hidup

Ya Allah: Sebaik baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata yg paling bernilai, gantikanlah penderitaan ini dgn kesenangan, balasan kesedihan sebagai perkara yg menggembirakan dan berikanlah kemenangan yg nyata.

Yang lalu biarlah berlalu, gua anggap pengajaran utk tempuh masa yg tak pasti kehadirannya, tak pasti kemenangan atau kejatuhan, belajar kenal diri, belajar kenal persekitaran

Akan ada nanti, itu pasti, suatu kemenangan
Related Posts

Followers

Follow by Email



Popular Posts