Mata Separuh Panda

oh! sudah malam ke? tidur la tidur la tidur la -.-

photo

#Peh - Segumpal Awan Jatuh ke Tanah Dirakam !!

Aku tengok ulang ulang video ni kebesaran tuhan yang maha agung, betul ke tak itu awan? Boleh ke awan menentang aturan graviti dan jatuh dari atas langit ke tanah?

Kejadian ini telah dirakam di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain di UAE. Video hampir 4 minit ini memaparkan segumpal awan kecil putih yang terbang rendah di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di hadapan mereka.


“Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya" - kata perakam kejadian ini. ”Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah.”



Gambar gambar dari klip video ini turut dipaparkan di beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain, menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.

Percaya atau tidak itu terpulang kepada individu. Tetapi tak ada apa yang mustahil bagi ALLAH Azza Wajalla.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts

Followers



Popular Posts

Blog Archive