Bagi aku kalau orang tanya, aku tak salah kan Anuar Zain datang ambil jugak anugerah even anugerah tu dah tersalah bagi kat Yuna, sebab Anuar Zain berhak datang untuk ambil anugerah dia menang. Cuma aku terkilan pihak AIM sendiri gelar diri berprestij tapi wat perkara macam budak budak la, yela betul la manusia tak lari dari kesilapankan, then bila tersilap kenapa tak terus je bagi Yuna yang terima anugerah tu, lagu Penakut sangat ok apa, dari segi lagu, suara, lirik, semua. Media dengan automatiknya dapat point la (bahan) menghadap Yuna #bangun sambil tepuk tangan tengok Yuna datang sidang media yang confirm aju soalan bodoh bodoh. Tak perlu malu sebab dia tahu yang perlu malu adalah pihak AIM - Anugerah Industri Muzik ke 18. Matang hadapi ujian
#Ini bukan kecuaian tapi satu kesilapan - ini adalah kesilapan DAN kecuaian pakcik
Respect Yuna
Respect Anuar Zain n Edry
Baiki n harap takkan blaku lagi kesilapan AIM berprestij
p/s = Aku dengar lagu Yuna dari zaman 'record by phone'
Anuar Zain datang Darul Ehsan singgah toilet pagi pagi
Selamat cuti kalian, harini aku cube satu perkara baru meng'update blog menggunakan phone okay mungkin dah terlambat tapi aku still cube jugak kan, hari ni aku mahu menaip dengan cara yang betul mungkin grammar bahasa agak samar samar lagi bahkan lagi teruk tapi aku still cube menaip dengan sedap hahah ape ni sedap oh sedapnye,, pada ketika ini aku sedang baring memandang phone lalu aku tekan tekan keypad lalu terhasil la post ini,, oleh kerana penghidap insomnia bak kata membe aku yang sedang menunaikan haji dan aku doa selamat di sana juga selanat pulang, aku sayang my princess, -.- sedang cube utk lelap mata aku harap berjaya sbb harini cuti, ohh okay tu saje, sekian I need to call her,, goodnite semua, selamat cuti selamat berblogger, chow
Okay, aku melayu seorang jejaka yang agak suka minum lai chi kang hobi melompat lalu berkulit sawa matang kerana aku melayu. Cerita bermula apabila tadi aku telah mendapat call daripada kawan aku mengatakan bahawasanya tiket untuk pulang ke kampung halaman iaitu kuantan telah pun habis. Aku cemas cepuk cemas merasakan perasaan jantung dup dup apabila terkenang kemeriahan sambutan Aidiladha di bandaraya metropolitanasi ini tidak sehebat apabila di kampung halaman. Apabila kita berada di bandaraya metropolitanasi ini sewaktu raya seperti tiada perbezaan yang dilalui kerana ia tidak semeriah di kampung oh pengulangan kata. Seperti selalunya dikampung oleh kerana kawasan perumahan berdekatan maka banyak lah surau surau dan masjid untuk dilawati untuk mengambil seplastik dua bungkusan untuk dijamu di rumah. Dengan niat yang baik tanpa melapah daging terus mengambil sebungkus bungkusan daging yang dikorban untuk dibuat lauk di rumah juga adalah sedap. Sedemikian rupa lalutan ni. Motif tidak dapat dikenal pasti.
Berikut adalah sambutan pada tahun lepas :Itu sahaja. Sekian.